100
Lagu Pujian 
1 Mazmur kesyukuran. 
Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! 
2 Sembahlah TUHAN dengan sukacita; 
datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira! 
3 Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. 
Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; 
kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya. 
4 Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, 
pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. 
Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia. 
5 TUHAN itu baik; 
Dia tetap mengasihi umat-Nya 
dan setia kepada mereka selama-lamanya.